Friday, September 27, 2013

Majlis Ramah Mesra bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, KPPA

27 September 2013.
Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM, Serdang, Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam kerana sudi untuk turun padang bersama-sama dengan pelajar tajaan JPA(Biasiswa/pinjaman) untuk menjawab n merungkai beberapa soalan yang dikemukakan.

Dibawah adalah hasil daripada perjumpaan bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam: 

1. Kalau nak tranfer ke Malaysia perlu isi borg on9. tarikh tutup 8 Okt. Kemudian pada 10,11 & 12 Okt dwrg duduk bincang untuk menentukan uni mana yg korg akan dapat. keputusan akan dikeluarkan sebelum 19 okt untuk memudahkan pelajar yg x dapat uni temp membuat keputusan samada ke mesir @ cari uni di negara lain. setakat ni dah 2,000 lebih org daftar on9. Nama pelajar di universiti hanya akan terbatal selepas pelajar secara rasminya mendaftar di universiti tempatan

2. Kalau tranfer ke mesia bagi pelajar yang berstatus biasiswa. Pemberian biasiswa akan diteruskan berdasarkan biaisiwa dalam negara. Bagi pelajar yang berstatus pinjaman, JPA akan bagi lagi baki yang ada.

3. Syarat kemasukan IPTA mengikut syarat minimum yang ditetapkan (x pasti samada kedua-duanya atau salah satu : 9A SPM, Jayyid Jiddan bagi result semasa). Ini bagi menjaga kualiti IPTA mengikut akreditasi yang telah ditetapkan oleh pihak MMC. Tapi cuba je minta IPTA mana tau kalau dapat. Doa banyak2.

4. Kemasukan ke IPTA adalah berdasarkan kelayakan dan kuota yang telah ditetapkan. Ini bagi menjaga kualiti pembelajaran dan sesuai dengan fasiliti yang ada. Ini bergantung kepada jawatankuasa yang memilih. JPA tiada tempat yg khas untuk student2 nya. Lagipun beratus2 pelajar yg dapat 4.0 flat masa kat matrix/asasi x dapat nak buat perubatan kat mesia.

5. Kalau Dur Thani, kiranya ada gagal. kalau x dapat lagi result Dur kena guna result yg paling ok. kira guna result tahun lepas punya yg lulus la. nanti kalau nak transfer pandai2 dwrg nak buat cmne.(parallel minus one)



6. Untuk kes top-up duit yg ditanyakan tadi disebabkan kenaikan harga barang, dwrg jawab duit yg kita pinjam tu adalah daripada bayaran senior2 kita yg pinjam dulu2x. dwrg rowling balik duit yg senior2 dah bayar. yg ni x sure ada tambahan atau x.

7. Mengikut seorang doktor yg bg soalan tadi, dalam syarat PTPTN x boleh pelajar yg dah ada penaja untuk terima PTPTN. boleh rujuk sini no4(a). Untuk pinjaman yg dapat U tempatan, x tau lagi jawapan macam mana selepas duit baki pinjaman telah habis digunakan.

8. Andai dapat uni yg x diiktiraf(sbnarnya belum lagi diiktiraf), uni tu sebenarnya masih dibawah pantauan dari semasa ke semasa sbb x de lagi batch pertama yg grad dari uni tu & dwrg dipantau sama ada ikut atau x silibus yg dwrg nak ajar. kalau U tu ada buat hal, boleh adu kat MMC.

9. Pelajar JPA ibarat produk JPA, kalau produk bagus marketing pun bagus. kalau kurg, x de market sangat. begitu juga dengan result, kalau bagus InsyaAllah IPTA/IPTS senang nak terima(memandai je aku ni, ikut dwrg la nk terima atau x)

10. Antara ayat pedas yang rasa2nya kena kat diri hamba, ayat dai lebih kurang macam ni "Kamu jangan ingat kamu dapat JPA kamu bagus sangat jika nak dibandingkan dengan rakan kamu yg x dapat, mungkin dia akan dapat result yang lebih baik dari kamu. Kamu punya result pun kamu sendiri yang tau. Tolak ketepi dan lupakan SPM, sekarang di Universiti kamu bermula balik dengan "0".

11. MMC secara peribadinya menyarankan pelajar yang berada di tahun klinikal dan bakal masuk ke tahun klinikal untuk meneruskan pengajian di Mesir jika keadaan mengizinkan. Ini kerana proses adaptasi pengajian memerlukan masa lebih lebih lagi memandangkan proses pembelajaran telah berlangsung di kebanyakan IPT.

12. Situasi Mesir masih x dapat dipastikan jaminan keselamatan oleh pihak berwajib. Tetapi tiada halangan untuk pulang ke Mesir bagi meneruskan pengajian.

Fikir n istikharah. :D

mohon sesiapa yg pergi tadi untuk tambah mana yg x tertulis disini..yg lain2 tu korg pun dah tau mcm "parallel minus one". yg lain ada teguran n nasihat sikit.

Ini sahaja yang saya dapat tulis. Mohon ampun maaf sekiranya tertinggal/terdapat kesalahan semasa saya menulis point2 bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,KPPA.

Sekian, Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

get this widget here

Blog Ahli GenIVA

Cursor Berkilau

MAGNIFY IMAGE

MAGNIFY IMAGE

Animated Recent Post Widget

FOLLOW + DASHBOARD

Disable Right Click

Who's Among Us

OBJEK KELILING MOUSE

MAGNIFY IMAGE

Who's Among Us

Back to Top

wibiya widget