Wednesday, November 14, 2012

Gameweek 1 Serie Azhar 2012

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah, berjaya juga upload beberapa gambar semasa kami bermain futsal untuk liga Serie Azhar. Gambar ni untuk Gameweek 1 je dulu.. Minta maaf la sbb x buat lagi liputan untuk Gameweek 1 Serie Azhar ni & akan dibuat nanti. InsyaAllah.. Minta maaf juga x dapat nak upload banyak gambar disebabkan beberapa masalah teknikal. Minta maaf banyak-banyak. Nak tengok gambar yang lagi banyak?? [Klik Sini]




Style kot!!



Ni dia Timbalan Pengarah



Dua orang je??



Cover Macho sikit bang


Sampai sini je, kalau ada apa2 cadangan & teguran untuk sama2 kita perbaiki mutu sukan kita.. Majulah GenIVA untuk Azhar.. Cewahh!!

Friday, November 2, 2012

Majlis Berbeque AidilAdha GenIVA - 2012

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah memberikan kami nikmat kesihatan untuk membuat majlis berbeque di baitun Najah pada 29 Oktober 2012.

     Majlis berbeque ini dimulakan selepas isya' iaitu selepas habis program Glow With Flow dengan abang-abang senior. Selepas isya', kabayakan daripada ahli-ahli GenIVA datang awal ke Baitun Najah untuk membantu menyiapkan makanan dan minuman. Ada yang memotong sayur, panggang daging & ayam dan ada pula yang menggoreng.

Potong sayur ye bang!!


Team potong sayur & buah


Bakar arang & ayam


Buat ubi bakar

Ayam panggang!!


Adik Im sedang potong sosej..yum..yum..yum.. sedapnya

Alahai abang, x kan tengok aja

Sementara menunggu makanan siap dimasak, ada yang mengambil kesempatan untuk buat sesi ta'aruf..

Abang Ridhwan, Abe Afuza & Abang Rahman

Senyum sikit bang :)

Setelah makanan siap dimasak, kami semua berkumpul di ruang tamu di Baitun Najah untuk mendengar sedikit tazkirah ringkas daripada Pengerusi OPU Azhar.

Makanan dah siap!! bila nak makan ni.


Ucapan pembuka majlis barbeque



Sedikit tazkirah dari Pengerusi OPU Azhar

Menunggu saat menjamu selera

Bila nak makan ni!!

Aik talam kosong aje~




Lama dah x dengar tazkirah

Setelah tazkirah ringkas disampaikan oleh Pengerusi OPU Azhar, doa makan dibacakan dan sesi makan dimulakan.. Bismillahirrahmanirrahim...

yum...yum... sedapnya



Makan buah tembikai susu
Lupa la.. sebelum makan kita bergambar dulu..

by Radhi


By @baba_boy_


Setelah selesai makan, ada yang terus pulang ke rumah kerana masing-masing ada hal sendiri dan ada pula yang membantu untuk mengemas barang-barang yang sudah digunakan.. Minta maaf kepada semua orang kerana kami lambat memulakan majlis makan Barbeque..

Alhamdulillah... setakat ini sahaja yang mampu kami nukilkan. Segala kekurangan, salah dan silap daripada kami, kami minta maaf banyak-banyak.

Thursday, November 1, 2012

Glow With Flow GenIVA

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu..

Segala puji ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat kami membuat satu forum pada petang ini yang bagi kami kupasan yang sungguh menarik perhatian bagi kami semua sahabat-sahabat GenIVA yang bertajuk Glow With Flow. Glow With Flow ini diadakan di markas perubatan baru hayyu sabie' dengan bertujuan untuk memberi penerangan kepada kami semua mengenai subjek-subjek yang dipelajari oleh kami semua. Ia juga menerangkan kepada kami bagaimana  teknik-teknik  untuk belajar sesuatau subjek dan juga cara-cara menjawab ketika peperiksaan.

     Majlis ini bermula pada jam 4.30 petang dengan pembuka bicara oleh MC yang dijemput khas dari Baitun Najah iaitu saudara Mohd Hanif bin Jemeli.

Mohd Hanif bin Jemeli

     Kemudian ucapan alu-aluan daripada wakil OPU Azhar iaitu Saudara Said Razeen bin Said Sultan yang merupakan timbalan Pengerusi OPU Universiti Al-Azhar.

Wakil Opu Azhar
Said Razeen Said Sultan

     Setelah ucapan alu-aluan, majlis diteruskan lagi dengan tujuan utama iaitu forum Glow With Flow. Forum ini dikendalikan oleh seorang moderator yang dari GenIVA sendiri dan juga 3 orang ahli panel. Ahli panel untuk forum ini dibawakan kepada GenIVA dari senior-senior tahun 3 yang bukan calang-calang orangnya dan dari latarbelakang yang berbeza antara satu sama lain. Di antara ahli-ahli panel dan moderatornya ialah :
  • Ahli Panel Pertama
          Nama     : Ahmad Kasyfillah bin Mustafa
          Berasal   : Kelantan
  • Ahli Panel Kedua
         Nama   : Muhammad Amirulhafiz bin Ahmad Najib
         Berasal : Kedah dan Menetap di Pulau Pinang
  • Ahli Panel Ketiga 
         Nama : Muhammad Hatta bin Hamzah
         Berasal : Bandar Tun Razak, Cheras
  • Moderator Forum
          Nama : Muhammad Yusuf bin Muhammad Razif
          Berasal : Selangor

Dari kiri : Moderator, Panel 1, Panel 2, Panel 3

     Forum ini mempunyai empat pusingan. Pusingan pertama membincangkan mengenai subjek-subjek yang dipelajari tahun 2, Pusingan kedua membincangkan mengenai tips2 belajar, kesihatan dan pengurusan masa. Pusingan ketiga pula adalah pertanyaan soalan daripada audiens dan pusingan keempat adalah rumusan keseluruhannya.

     Pusingan Pertama :

     Panel 1 ( Saudara Ahmad Kasyfillah bin Mustafa)

     - bagi pusingan pertama ini, saudara kasyfillah diminta untuk mengulas sedikit sebanyak mengenai pembelajaran Anatomy dan Physiology. Antara isi-isi ucapan beliau mengenai subjek Anatomy adalah subjek Anatomy memerlukan pengulangan yang banyak bagi mengingati subjek tersebut. Subjek yang kami semua pelajari kebanyakannya adalah untuk postgraduated manakala kami semua adalah undergraduated. Jadi bagi memudahkan kami semua, seorang doktor bernama doktor Sona'allah memberikan nota ringkasan untuk kami semua dalam subjek Anatomy. Beliau menambah lagi bahawa jika doktor mengatakan yang itu adalah spot bermakna itulah jawapannya.

Saudara Kasyfillah memberikan ucapan
      Bagi subjek Physiology pula, cara beliau belajar adalah dengan membuat nota terutamanya adalah Central Nervous System. Tambah beliau lagi bahawa terdapat satu gambar rajah di dalam buku Salah Abu Sitta (buku department) yang memang khusus ada dalam buku tersebut dan tidak terdapat dalam buku-buku doktor yang lain.

     Panel ke-2 :

     Saudara Muhammad Amirulhafiz pula menerangkan bagaimana caranya untuk belajar dan score subjek Biochemistry, Al-Quran & Balagha & Adab. Untuk subjek Biochemistry, beliau menyarankan agar listkan sub-sub topik yang akan dipelajari. Kemudian buat nota dan ulang banyak kali. Pada kebiasaannya pada Oral Examination, Doktor selalu akan bertanyakan soalan yang berkaitan dengan protein.

Muhammad Amirulhafiz
     Untuk subjek Al-Quran pula, beliau menyarankan agar datang ke kuliah untuk mengambil berkat daripada doktor-doktor yang mengajar. Untuk menguatkan daya ingatan, beliau menyarankan agar mengulang ayat-ayat al-quran di dalam solat.

     Untuk subjek Balagha & Adab pula, cara belajar yang berkesan adalah dengan cara menghafal syeer, mufradat dan makna syeer tersebut.

     Panel ke-3 : 

     Saudara Muhammad Hatta pula menerangkan teknik-teknik yang berkesan dalam pembelajaran bagi sjek-subjek Histology, Psycology, dan juga Tafsir Quran. Untuk subjek Hiatology, beliau menyatakan bahawa jangan mengambil mudah subjek ini walaupun ianya nampak senang tetapi subjek ini merupakan asas kepada subjek-subjek yang lain. Cara untuk score dalam peperiksaan pula adalah dengan cara membuat soalan-soalan tahun lepas.

Saudara Hatta

     Untuk subjek Psycology pula, buat masa sekarang ini tiada buku dan doktor akan beri buku pada masa akan datang.

     Untuk subjek Tafsir pula, pada saat-saat akhir untuk exam, doktor akan memberikan soalan-soalan ramalan yang keluar pada peperiksaan akir tahun nanti.

Kemudian berehat seketika dengan menjawab azan maghrib dan menonton video



Pusingan yang kedua:


      Soalan yang dikenakan kepada saudara Ahmad Kasyfillah bin Mustafa:


Soalan : Apakah tips-tips belajar & cara abang kasyfillah belajar. Dan apakah rutin harian yang abang kasyfillah lakukan..

Sebelum beliau memberikan jawapan beliau ada memberikan kalam-kalam yang meruntun jiwa bagi orang-orang yang mendengarkannya.. Antaranya adalah

Para Peserta

     "Segala kejayaan datangnya dari Allah. Jikalau Allah izinkan, apa pun boleh jadi, Allah boleh tarik balik kejayaan kita dan memberikannya kepada orang lain yang Allah kehendaki. Sesetengah orang diberi kelebihan dapat menyeimbangkan antara "Study" dan "Persatuan" manakala ana adalah seorang yang lemah. Jadi ana top-up2 dan membantu kawan-kawan yang berpersatuan."


Kemudian barulah beliau menjawab soalan yang dikemukakan. Antara jawapannya ialah:

     Kalau nak diikutkan saya respect dekat abang Said tahun 4 sekarang.. Dia buat nota sekejap sahaja tetapi saya buat nota masyaAllah,lambat. Selepas balik kuliah study subjek yang ringan sikit. Selepas maghrib saya akan hafal al-Quran. Selepas isya' sambung study. Kalau x sempat habiskan study pada waktu kecederaan. Saya tidak berjalan kemana-mana kecuali kalau cuti yang panjang.

Soalan yang ditujukan untuk ahli panel kedua iaitu :


     Seseorang yang sihat adalah bukan sahaja yang sihat dari segi fizikal semata-mata sahaja tetapi dia juga perlu sihat dari segi mental, spiritual, emosi, psycology dan sebagainya. Jadi macam mana mahu menyeimbangkannya kesemua sekali.



Jawapannya :

     Kalau mahu pengisian rohani kita ada kelas tafaqquh, kalau mahu sihat fizikal kita ada sukan. Senang cerita semua boleh dapat dengan kita menyertai PERUBATAN. Jadi apa tunggu lagi, joinlah PERUBATAN.

Ahli panel ketiga:

Soalan : Seperti yang kita tahu, pelajar perubatan di universiti di mesir banyak sangat masa lapang. Ada yang mengisinya dengan on9, main game, movie, dan ada juga yang berpersatuan. Soalannya adalah macam mana mahu mengurus masa dengan baik.

Para peserta sedang khusyuk mendengar

Jawapan : Betulkan balik niat datang ke mesir.

Pusingan yang ketiga : 

Sesi soal jawab antara audiens dengan ahli panel.

Seorang sahaja yang menanyakan soalan kepada saudara Kasyfillah iaitu boleh atau tidak abang memberi nota yang telah dibuat kepada kami..

Jawapan : InsyaAllah boleh tetapi tidak lengkap kesemuanya sekali.



Pusingan yang terakhir : rumusan @ penggulungan.


  • Betulkan niat
  • Buat nota
  • Kejayaan bukan milik kita
  • Selalu ulang
  • Sertai Perubatan untuk pengisian rohani, emosi, fizikal, mental dan sebagainya
Setelah habis sesi forum, majlis diserahkan kembali kepada pengerusi majlis. Penyampaian cenderahati disampaikan.

Ahli Panel 1
Ahmad Kasyfillah bin Mustafa

Ahli Panel kedua
Muhammad Amirulhafiz bin Ahmad Najib

Ahli Panel ketiga
Muhammad Hatta bin Hamzah

Moderator
Muhammad Yusuf Bin Muhammad Razif
Majlis ditangguhkan dengan tasbbih kafarah dan surah al-asr dan solat maghrib secara berjemaah.

Sunday, October 28, 2012

Sambutan Hari Raya AidilAdha (SAADAH) Perubatan 1433H - Jamuan Hari Raya

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

     Saban tahun, Sambutan Hari Raya AidilAdha disambut oleh semua orang islam. Pada tahun ini PERUBATAN telah mengadakan jamuan hari raya aidiladha pada 11 Zulhijjah bersamaan 27 Oktober 2012  yang bertempat di Masjid As-Salam, Hayyu 'Asyir. Tujuan SAADAH dilakukan pada tahun ini dengan bertemakan "Sirah Disusuri,Tadhiyyah Dihayati" adalah untuk mendalami kembali sirah perjuangan dan pengorbanan para anbiya' dan mengambil pengajaran daripadanya serta berusaha mempraktiknya, mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar dan juga ingin menambah ilmu pengetahuan atau thaqafah mengenai ibadah korban.

Sambutan Hari Raya AidilAdha 1433H

     Sambutan ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 3.00 petang. Pada jam 8.00 - 9.00 pagi adalah acara pendaftaran, kehadiran tetamu dan pelajar.

Antara peserta yang datang awal~

Kemudian setelah sesi pendaftaran selesai dalam jam 9.00 pagi, acara diteruskan dengan Ucapan oleh pengarah program SAADAH iaitu saudara Muhammad Afnan bin Fakhrurazi

Pengarah program SAADAH
Muhammad Afnan bin Fakhrurazi

     Setelah ucapan oleh pengarah program, ucapan diteruskan lagi oleh Presiden PERUBATAN iaitu saudara Wan Ahmad Hafizi bin Wan Junaidi

Presiden PERUBATAN
Wan Ahmad Hafizi bin Wan Junaidi

     Kemudian ucapan diteruskan lagi dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Wakil Kedutaan Malaysia seterusnya merasmikan SAADAH.

Wakil Kedutaan Malysia

Antara isi kandungan ucapan beliau ialah

  • Kesatuan adalah satu cabaran sebagai organisasi besar seperti PERUBATAN dengan ahli yang ramai dan pelbagai latarbelakang
  • PERUBATAN adalah salah satu persatuan yang kemas organisasinya, dan sedikit perkara yang perlu diperbaiki adalah dari cara kerja dan matlamat dari semasa ke semasa
  • Kita melakukan kebajikan bukan untuk mengangkat diri sendiri atau mendapat nama tetapi untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Wakil Kedutaan Malaysia merasmikan SAADAH

     Kemudian kira-kira jam 10.30 pagi, majlis SAADAH diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan mencipta logo, artikel, dan juga fotografi. Pertandingan ini dilakukan bermula pada 14 Oktober 2012 sehingga 18 Oktober 2012. Bagi pertandingan mencipta logo, peserta diminta untuk mencipta logo mengikut kreativiti masing-masing sama ada melalui lukisan tangan ataupun grafik komputer. Bagi pertandingan mengarang artikel pula, ianya terdiri daripada 7 karya kreatif sama ada cerpen, komik, pantun, puisi, tazkirah dan lain-lain manakala bagi pertandingan fotografi dan wallpper pula,ianya adalah mengikut konsep bebas.

Pertandingan SAADAH


      Proses Pengundian dilakukan berdasarkan kepada bilangan jumlah like di page facebook mediaPERUBATAN yang bermula pada 20 Oktober 2012 sehingga 22 Oktober 2012 dan juga daripada penilaian juri yang dilantik dan dipilih.

Pemenang mencipta logo

Pemenang Fotografi

Pemenang mengarang artikel

     Kemudian acara diteruskan lagi dengan pengenalan Biro Sukan dan Aktiviti Luar oleh saudara Arif Rukaini.

Exco PERUBATAN Pusat
Biro Sukan dan Aktiviti Luar
Arif Rukaini

 Kemudian acara diteruskan lagi  dengan Slot Fiqh Perubatan


Adik IM, jangan nakal2 kat belakang ye!!

Ada ke gambar orang tengah tido

Setelah slot Fiqh Perubatan selesai, ada yang rasa mengantuk dan sebagainya. Mari kita hilangkan mengantuk dengan mendengar persembahan dari kumpulan Voice Of Syifa' (VOS)



Kumpulan Voice Of Syifa'

     Seusai persembahan oleh wakil Universiti kini tiba pula acara yang kadang-kala digemari oleh orang ramai yang boleh membawa tuah kepada mereka pada hari itu adalah cabutan bertuah. Hanya 5 Ikhwah yang bertuah sahaja dapat hadiah.. Siapakah gerangan orangnya?? Kita tengok siapa yang kena??


Amirul Arif


Cabutan bertuah no 388


     Setelah selesai cabutan bertuah, kita ada satu lagi acara sebelum acara kemuncak Solat dan makan iaitu acara penyampaian hadiah kepada pemenang kostum, persembahan dan pelapah terbaik. Kemudian Solat dan makan tengah hari

Amik gambar dulu dengan Presiden PERUBATAN sebelum makan

Yok mangan yok!!

Alahai, Comelnya abang ijat ni...

Mmmmmgghhh.... geramnya aku dengan pipi awok ni.
Rasa nak picit2 je

     Selepas solat dan makan, ada yang meneruskan program masing-masing dengan cara balik ke kampung halaman sendiri dan ada juga yang menziarahi ke kampung-kampung negeri lain dengan hanya bejalan kaki yang tidak mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi yang dituju sehingga waktu malam.

     Sekian sahaja laporan disampaikan setakat ini, kita bertemu lagi di waktu yang lain.
get this widget here

Blog Ahli GenIVA

Cursor Berkilau

MAGNIFY IMAGE

MAGNIFY IMAGE

Animated Recent Post Widget

FOLLOW + DASHBOARD

Disable Right Click

Who's Among Us

OBJEK KELILING MOUSE

MAGNIFY IMAGE

Who's Among Us

Back to Top

wibiya widget