Monday, March 26, 2012

EMERGENCY FIRST AID COURSE

1.0 AKTIVITI:
      Kursus Pertolongan Cemas

2.0 ANJURAN:
      International Center for Cultural Services dengan kerjasama Unit Akademik Organisasi PERUBATAN  
      Universiti Al-Azhar 2012/2013

3.0 OBJEKTIF:
       3.1 Diakhir bengkel ini peserta akan memperolehi kemahiran:
         3.1.1 Membuat CPR (cardiopulmonary resuscitation)
         3.1.2 Menghadapi situasi kecemasan yang biasa berlaku seperti keracunan,sengat binatang berbisa, sunstroke, pendarahan dan kejutan elektrik.
         3.1.3 Cara memberi suntikan dan membuat cannulation
         3.1.4 Membuat jahitan
         3.1.5 Teknik menggunakan anduh dan membuat fracture cast

4.0 Maklumat:
       4.1 Tarikh : 4-9 april 2012 *(tertakluk pada pindaan)
       4.2 Tempat : International Center for Cultural Services, Giza *(tertakluk pada pindaan)
       4.3 Masa : selepas kuliah
       4.4 Yuran : L.E 150

5.0 Tempoh Pendaftaran:
       25-29 Mac 2012

6.0 Sasaran:
      Semua Ahli PERUBATAN di Universiti Al-Azhar (Perubatan&Pergigian)

7.0 Nota:
      7.1 Terdapat beberapa item yang diperlukan untuk urusan pendaftaran
        7.1.1 Nama Penuh
        7.1.2 Nombor Telefon
        7.1.3 Salinan Passport
        7.1.4 Salinan kad pelajar
        7.1.5 2 keping gambar berukuran pasport
      7.2 Segala kerjasama daripada anda semua saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih






Emergency First Aid Course
                                               

NICE KALI KE-2


NICE akan tiba kali ke-2 dan menemui anda di Markas Perubatan Hayyu Sabi'.

TARIKH             : 26 MARCH 2012
MASA                : 7.30 PM
HARI                  : ISNIN
TEMPAT            : MARKAS PERUBATAN HAYYU SABI'
TAJUK               : CHARACTER BUILDING PRODUCTIVITY AND ATTITUDE
PEMBENTANG : DR. AHAMD IBRAHIM YAHAYA,
                             PERUBATAN, TAHUN 5
                             UNIVERSITI KAHERAH

Jumpa anda di sana...


                                                 

Saturday, March 24, 2012

Seminar Kecemerlangan Profesional 2012 PRO '12 ^_^



Siswa-AQ dengan kerjasama ABIM-Mesir bakal mengajurkan seminar Kecemerlangan Profesional 2012 pada 30 & 31 Mac 2012.
Para penceramah terdiri daripada Dr Muhammad Jantan dan juga Dr Jamnul Azhar Mulkan. Seminar seperti ini adalah merupakan acara tahunan yang dijalankan oleh persatuan Siswa-AQ dan ABIM-Mesir di bawah penajaan AQM. Tema seminar kali ini ialah 'Muslim Profesional: Kriteria & Survival'






pendaftaran akan di buka khusus kepada warga Siswa AQ pada 17 haribulan (sabtu) dan akan berakhir pada 19 hari bulan Mac 2012

dan pendaftaran umum kepada semua mahasiswa bumi anbiya' akan di buka pada 19 haribulan dan berakhir pada 20haribulan.Pembahagian pendaftaran ini di buat bagi memudahkan urusan kemaskini maklumat,jangan ada yg terasa ye ^..._^

untuk pendaftaran,yuran akan di kenakan sebanyak LE 10 kepada semua mahasiswa,dan kepada warga Siswa AQ pula,yuran hanya akan di kenakan sebanyak 5LE sahaja.aha,tak lupa juga!! semua pelajar tahun SATU Siswa AQ,pendaftaran anda hanyalah percuma!!

eh kena yuran???kenapa ya?

jgn panik mahasiswa mahasiswa semua :). yuran yang di bayar akan di gunakan untuk

1.Penceramah yang di jemput bukan calang2..kalau di malaysia,menghadiri satu siri ceramah sahaja dah memakan ratusan ringgit :)

2.sebahagian daripada yuran ini akan di dermakan kepada pihak tertentu (tabung save syria) belajar sambil beramal

3.untuk makanan kuih muih,makanan tengah hari nasi ayam hadarul maut,makan malam nasi kerabu ayam bakar (sebarang perubahan tertakluk kepada pihak berwajib)

4.tempat hanya terhad untuk 250 peserta sahaja.

pastikan diri anda adalah peserta program seminar tahun ini ^_^!!

"MUSLIM PROFESIONAL,KRITERIA DAN SURVIVAL"

jangan lepaskan peluang ini!!berseminar,menimba ilmu,profesional dan berukhuwah..jumpa di sana ya semua

tempat:dewan abbasiyah (ARMA)* sebarang perubahan akan di maklumkan

untuk pendaftaran dan rujukan
fakulti perubatan lelaki: Mohd Taufiq (tahun 3)
fakulti pergigian lelaki:Aiman Mahzuz (tahun 3)
fakulti ulum islami:Muaz b. Mazlan (tahun2)
fakulti banat sila rujuk Widad Dill (tahun 3)

wakil wakil pendaftaran yang di lantik akan berada di kuliah kuliah anda. :)
sekiranya terdapat sebarang masalah dan pertanyaan boleh la terus merujuk
ajk pendaftaran mohd taufiq bin abu zakaria 0115584924













[Program Bicara Ilmiah]


Menjana Profesional Da'ie: Antara Idealistik dan Realistik

Akan datang menemui anda bulan ini...

Berikut merupakan butiran lanjut program:

Tarikh: 28 Mac 2012

Hari: Rabu

Masa: 6.30 petang

Tempat: Akan dimaklumkan kemudian melalui mediaperubatan

Penyampai: Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre


Anjuran: Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir, PERUBATAN 2012/2013

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, ramai-ramai meriahkan majlis ilmu yang bermanfaat ini, insya-Allah.




Bicara Ilmiah

[PERMATA AULIYA']



"Permata Auliya" special with Syeikh Yusuf bin Muhyidin Al Hasani


Details about this program:

Date: 25th March 2012

Day: Sunday

Time: 7 p.m

Venue: Markas PERUBATAN Hayyu Sabi'

Open to all ikhwah and akhawat !

See you there and don't miss it !

Organised by:

Unit Pembangunan Insan,
Organisasi PERUBATAN Universiti Al-azhar 2012/2013





PERMATA AULIYA'

PERTUKARAN TAJUK LIFE YANG KE-9


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

      Kepada semua pelajar perubatan Tahun 1 Universiti Al-Azhar, Tajuk LIFE pada malam ini ditukar daripada "Fiqh Al-Awlawiyyat" kepada "Mengenali Musuh-Musuh Islam..". Berikut merupakan butiran-butiran LIFE yang ke-9:

TAJUK               : MENGENALI MUSUH-MUSUH ISLAM
PENCERAMAH : UST MUJAHID IR FADZIL
TARIKH             : 24 MARCH 2012
HARI                  : SABTU
MASA                : 7.00 PM
TEMPAT            : MARKAS PERUBATAN HAYYU SABI'(H7)

     Segala kesulitan dan kesilapan harap dapat dimaafi..

*TERBUKA JUGA KEPADA SEMUA TAHUN..

Friday, March 23, 2012

LIFE 9- FIQH AL-AWLAWIYYAT


Assalamualaikum..

     Di sini ada pengumuman tentang Love Islam For Eternity(LIFE) yang akan diadakan untuk kali yang \
ke-9.. Sila lihat dibawah untuk maklumat lanjut..

TAJUK   : FIQH AL-AWLAWIYYAT (FIQH KEUTAMAAN)
TARIKH : 24 MARCH 2012
HARI      : SABTU
MASA    : 7.00 PM
TEMPAT: MARKAS PERUBATAN HAYYU SABI'(H7)

Semua pelajar Perubatan Al-Azhar Tahun 1 diwajibkan datang ke markas untuk Life ke-9(second last)..
Fiqh Al-Awlawiyyat merupakan sebuah ilmu yang harus dikuasai oleh para pemuda-pemudi islam,

apa yang nak ditunggu lagi.. Ayuh kita ke taman-taman syurga Allah...


LIFE 9

Thursday, March 22, 2012

WATIKAH PELANTIKAN MAJLIS PIMPINAN PELAJAR PERUBATAN BAGI PELAJAR TAHUN SATU UNIVERSITI AL-AZHAR


         

           BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

          Tanggal 18 March 2012 merupakan tarikh keramat dan tarikh yang paling diingati oleh seluruh Student Medic Azhar Tahun Satu kerana pada tarikh inilah telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan buat julung-julung kali pertamanya diadakan untuk memilih Ahli Majlis Tertinggi bagi pimpinan baru dalam batch tahun satu, student medic Al-Azhar. Ahli Majlis Tertinggi yang dilantik ialah Ketua Batch, Penolong Ketua Batch, Setiausaha, dan Bendahari. Mesyuarat Agung ini diadakan atas permintaan senior-senior yang lebih tua daripada kami untuk memilih pemimpin batch agar dapat merancang dan melancarkan perjalanan program, menyebarkan berita-berita terkini dan sebagainya..

          Mesyuarat ini diadakan di dalam kelas Tahun 1,Tingkat 3 lebih kurang pada jam 11 pagi. Mesyuarat ini dimulakan selepas kelas Biochemistry dan diketuai oleh Saudara Fawwaz bin Abdullah selaku Pengerusi Majlis Mesyuarat Agung Tahunan pada hari tersebut. Pelantikan Ahli Majlis Tertinggi dimulakan dengan membaca dengan Ummul Kitab Al-Fatihah dan seterusnya melantik Ketua Batch Tahun Satu. Undian dimulakan dengan beberapa orang calon dan pencalonan untuk Ketua Batch telah mendapat undian majoriti iaitu MUHAMMAD AMIR ADHAM BIN JOHARI. Kemudian saudara MUHAMMAD AMIR ADHAM menggantikan saudara FAWWAZ BIN ABDULLAH untuk meneruskan pelantikan Penolong Ketua Batch, Setiausaha dan Bendahari. Berikut merupakan Ahli Majlis Tertinggi yang dilantik pada hari itu terdiri daripada Ketua Batch,Penolong Ketua Batch, Setiausaha, dan Bendahari..

KETUA BATCH : MUHAMMAD AMIR ADHAM BIN JOHARI
PENOLONG KETUA BATCH : IMRAN BIN KASRAN
SETIAUSAHA : AFIQ BIN MAZLAN
BENDAHARI : MOHD HYELMI BIN ROSLEE

           Setelah pelantikan Ketua batch, Penolong Ketua Batch, Setiausaha dan Bendahari, majlis ditangguhkan dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

           Tiga hari selepas itu,iaitu pada 21 March 2012, empat pimpinan baru iaitu Ketua Biro Akademik, Ketua Biro Pembangunan Insan, ketua Biro Publisiti Dan penerangan, Ketua Biro Sukan Dan Rekreasi telah dilantik untuk membantu Ahli Majlis Tertinggi untuk menggerakkan dan melancarkan perancangan dan perjalanan kehidupan kami semua sebagai Student First Year Medic Azhar. Majlis diketuai oleh saudara Muhammad Amir Adham Bin Johari selaku pengerusi majlis dan dimulakan dengan Ummul Kitab Al-Fatihah. Kemudian majlis diteruskan dengan melantik empat orang pimpinan baru. Pimpinan baru yang dimaksudkan ialah:

KETUA BIRO AKADEMIK : AISMAT HARIRI BIN YUSUFF
KETUA BIRO PEMBANGUNAN INSAN : MOHD IZZUDDIN BIN MOHD AMIN 
KETUA BIRO PUBLISITI DAN PENERANGAN:MUHAMMAD YUSUF BIN MUHAMMAD RAZIF
KETUA BIRO SUKAN DAN REKREASI : ABDOL AZIZ BIN MUHAMMAD

         Setelah keempat-empat pimpinan baru dilantik, majlis ditangguhkan dengan Tasbih kafarah Dan Surah Al-Asr.
get this widget here

Blog Ahli GenIVA

Cursor Berkilau

MAGNIFY IMAGE

MAGNIFY IMAGE

Animated Recent Post Widget

FOLLOW + DASHBOARD

Disable Right Click

Who's Among Us

OBJEK KELILING MOUSE

MAGNIFY IMAGE

Who's Among Us

Back to Top

wibiya widget