Friday, September 28, 2012

Nak Pergi Mesir Visa X de??

     Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

     Entri kali mengisahkan pasal visa ke mesir pulak..Maklumlah sekarang ni ramai ahli GenIVA(ikhwah) sedang berada malaysia untuk menghabiskan cuti selepas setahun di sana dan hanya beberapa orang sahaja yang berada di Mesir..Mungkin ada yang tertanya2 macam mana nak buat visa Mesir di Malaysia kalau dah mati..

     Mengikut pengalaman beberapa orang ahli GenIVA dan senior mereka, ada yang mengatakan pada mulanya mereka pergi ke Mesir tanpa visa. Apabila tiba di sana, mereka akan dapat cop arrival yang hanya bertahan selama 2 minggu. Kemudian kene buat visa kat Mesir, kalau buat di Mesir kene ada kernih(kad pelajar) dulu baru boleh buat visa. Ada pula yang mengatakan mereka sebelum datang ke Mesir buat visa pelancong 3 bulan dahulu. Kemudian sambung buat visa di Mesir. Bergantung juga pada keadaan. Kalau berasa takut dan tidak selamat, dicadangkan agar buat visa pelancong dahulu di Malaysia..

     Macam mana??Kat mana??Bila??Berapa Hari boleh siap?? Dokumen apa yang diperlukan??Berapa Bayaran??

     Senang aje nak buat. x susah sangat. Nak buat visa Mesir di Malaysia setakat yang diketahui ada berhampiran Tasik Ampang.. Kalau lalu MMR2 boleh nampak tasik ni.. kalau dah nampak tasik ni bermakna sudah dekat..kalau nak lagi senang cari pondok polis di hadapan pintu utama taman tasik ni & Egypt Embassy betul2 berada bersebelahan dengannya.. Alamatnya:

     Egypt Embassy
     NO 12 Lorong Rhu off Jalan Ampang Hilir
     Kuala Lumpur
     03 425 68184 / 425 68745

Dokumen yang diperlukan :

  1. Passprt
  2. Salinan Passport
  3. Gambar berlatarbelakangkan putih bukan biru macam ic
  4. Salinan surat twaran / Kad pelajar(untuk visa pelajar)
Bayaran : RM 67 sahaja (untuk visa pelancong)


Buka dari 9.00/10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Siap dalam masa 5 hari.

Buat Visa di Egypt Embassy
klik gambar untuk besarkan


3 comments:

  1. salam , sy nk tnya..visa yg dimaksudkn tu just visa pelancong ( valid sebulan ) ke visa pelajar ( valid setahun ) ???

    sbb sy kehilangan passport aritu dkt mesir..pastu skrg da buat passport bru dkt malaysia..so , skrg ni nk uruskan psl visa..mohon penjelasan..

    reply A.S.A.P

    ReplyDelete
    Replies
    1. x silap saya tu visa pelancong. kalau visa student yang valid setahun perlu dibuat di Mesir

      Delete
  2. x silap saya visa pelancong.kalau visa pelajar yang valid setahun perlu dibuat di Mesir

    ReplyDelete

get this widget here

Blog Ahli GenIVA

Cursor Berkilau

MAGNIFY IMAGE

MAGNIFY IMAGE

Animated Recent Post Widget

FOLLOW + DASHBOARD

Disable Right Click

Who's Among Us

OBJEK KELILING MOUSE

MAGNIFY IMAGE

Who's Among Us

Back to Top

wibiya widget