Sunday, October 28, 2012

Sambutan Hari Raya AidilAdha (SAADAH) Perubatan 1433H - Jamuan Hari Raya

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

     Saban tahun, Sambutan Hari Raya AidilAdha disambut oleh semua orang islam. Pada tahun ini PERUBATAN telah mengadakan jamuan hari raya aidiladha pada 11 Zulhijjah bersamaan 27 Oktober 2012  yang bertempat di Masjid As-Salam, Hayyu 'Asyir. Tujuan SAADAH dilakukan pada tahun ini dengan bertemakan "Sirah Disusuri,Tadhiyyah Dihayati" adalah untuk mendalami kembali sirah perjuangan dan pengorbanan para anbiya' dan mengambil pengajaran daripadanya serta berusaha mempraktiknya, mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar dan juga ingin menambah ilmu pengetahuan atau thaqafah mengenai ibadah korban.

Sambutan Hari Raya AidilAdha 1433H

     Sambutan ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 3.00 petang. Pada jam 8.00 - 9.00 pagi adalah acara pendaftaran, kehadiran tetamu dan pelajar.

Antara peserta yang datang awal~

Kemudian setelah sesi pendaftaran selesai dalam jam 9.00 pagi, acara diteruskan dengan Ucapan oleh pengarah program SAADAH iaitu saudara Muhammad Afnan bin Fakhrurazi

Pengarah program SAADAH
Muhammad Afnan bin Fakhrurazi

     Setelah ucapan oleh pengarah program, ucapan diteruskan lagi oleh Presiden PERUBATAN iaitu saudara Wan Ahmad Hafizi bin Wan Junaidi

Presiden PERUBATAN
Wan Ahmad Hafizi bin Wan Junaidi

     Kemudian ucapan diteruskan lagi dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Wakil Kedutaan Malaysia seterusnya merasmikan SAADAH.

Wakil Kedutaan Malysia

Antara isi kandungan ucapan beliau ialah

  • Kesatuan adalah satu cabaran sebagai organisasi besar seperti PERUBATAN dengan ahli yang ramai dan pelbagai latarbelakang
  • PERUBATAN adalah salah satu persatuan yang kemas organisasinya, dan sedikit perkara yang perlu diperbaiki adalah dari cara kerja dan matlamat dari semasa ke semasa
  • Kita melakukan kebajikan bukan untuk mengangkat diri sendiri atau mendapat nama tetapi untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Wakil Kedutaan Malaysia merasmikan SAADAH

     Kemudian kira-kira jam 10.30 pagi, majlis SAADAH diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan mencipta logo, artikel, dan juga fotografi. Pertandingan ini dilakukan bermula pada 14 Oktober 2012 sehingga 18 Oktober 2012. Bagi pertandingan mencipta logo, peserta diminta untuk mencipta logo mengikut kreativiti masing-masing sama ada melalui lukisan tangan ataupun grafik komputer. Bagi pertandingan mengarang artikel pula, ianya terdiri daripada 7 karya kreatif sama ada cerpen, komik, pantun, puisi, tazkirah dan lain-lain manakala bagi pertandingan fotografi dan wallpper pula,ianya adalah mengikut konsep bebas.

Pertandingan SAADAH


      Proses Pengundian dilakukan berdasarkan kepada bilangan jumlah like di page facebook mediaPERUBATAN yang bermula pada 20 Oktober 2012 sehingga 22 Oktober 2012 dan juga daripada penilaian juri yang dilantik dan dipilih.

Pemenang mencipta logo

Pemenang Fotografi

Pemenang mengarang artikel

     Kemudian acara diteruskan lagi dengan pengenalan Biro Sukan dan Aktiviti Luar oleh saudara Arif Rukaini.

Exco PERUBATAN Pusat
Biro Sukan dan Aktiviti Luar
Arif Rukaini

 Kemudian acara diteruskan lagi  dengan Slot Fiqh Perubatan


Adik IM, jangan nakal2 kat belakang ye!!

Ada ke gambar orang tengah tido

Setelah slot Fiqh Perubatan selesai, ada yang rasa mengantuk dan sebagainya. Mari kita hilangkan mengantuk dengan mendengar persembahan dari kumpulan Voice Of Syifa' (VOS)



Kumpulan Voice Of Syifa'

     Seusai persembahan oleh wakil Universiti kini tiba pula acara yang kadang-kala digemari oleh orang ramai yang boleh membawa tuah kepada mereka pada hari itu adalah cabutan bertuah. Hanya 5 Ikhwah yang bertuah sahaja dapat hadiah.. Siapakah gerangan orangnya?? Kita tengok siapa yang kena??


Amirul Arif


Cabutan bertuah no 388


     Setelah selesai cabutan bertuah, kita ada satu lagi acara sebelum acara kemuncak Solat dan makan iaitu acara penyampaian hadiah kepada pemenang kostum, persembahan dan pelapah terbaik. Kemudian Solat dan makan tengah hari

Amik gambar dulu dengan Presiden PERUBATAN sebelum makan

Yok mangan yok!!

Alahai, Comelnya abang ijat ni...

Mmmmmgghhh.... geramnya aku dengan pipi awok ni.
Rasa nak picit2 je

     Selepas solat dan makan, ada yang meneruskan program masing-masing dengan cara balik ke kampung halaman sendiri dan ada juga yang menziarahi ke kampung-kampung negeri lain dengan hanya bejalan kaki yang tidak mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi yang dituju sehingga waktu malam.

     Sekian sahaja laporan disampaikan setakat ini, kita bertemu lagi di waktu yang lain.

Sambutan Hari Raya Aidilahda (SAADAH) Perubatan 1433H - Ibadah Korban

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu..

     Tanggal 10 & 11 Zulhijjah 1433H merupakan satu tarikh yang amat bermakna di mana peristiwa penting yang berlaku kepada para pelajar perubatan yang belajar di Mesir khususnya di Universiti-universiti di sekitar Kaherah iaitu Universiti Kaherah, Universiti Ain Shams dan juga Universiti Al-Azhar. Pada tarikh ini, Sambutan Hari Raya Aidiladha yang lebih dikenali dengan SAADAH dengan bertemakan Sirah Disusuri Tadhiyyah Dihayati telah disambut oleh para pelajar yang berada di Mesir khususnya pelajar Perubatan.

SAADAH 1433H
SAADAH bermula pada 10 Zulhijjah 1433H bersamaan hari Jumaat dimana pada Hari ini telah berlakunya Ibadah Korban. Pada jam 7.30 pagi hari Jumaat, majoriti para pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir menunaikan solat sunat AidilAdha di masjid Musa hayyu sabie' selepas orang mesir melakukan solat sunat AidilAdha.



 Setelah solat sunat AidilAdha, khutbah disampaikan oleh Naib Presiden PMRAM. Seusai khutbah disampaikan, kami bersalam-salaman antara kami dan mengucapkan Selamat Hari Raya atau lebih sesuai digunakan dalam bahasa arab adalah "Kullu 'Amin Waantum Bikhoir". Kemudian kami bergambar bersama-sama.

Kullu 'Amin Waantum Bikhoir


Selamat Hari Raya

Serba Keputihan. Nampak Nur di situ~


Budak Paling HOott!!


Seusai solat sunat AidilAdha, kami bergegas pulang ke rumah untuk sarapan pagi.

Yok,mangan yok...
Setelah sarapan, kami bersiap-siap dan terus bergegas ke Dataran hayyu 'Asyir untuk melakukan ibadah korban dan melapah. Bagi yang tidak sempat sarapan, pihak PERUBATAN ada menyediakan sarapan berbentuk roti + sosej. Ibadah korban bermula pada jam 7.30 pagi waktu Mesir.

Sempat lagi nak main fon ye bang~



Potong apo tu!!




Memeotong tulang belakang unta


Lembu maa..Moooo..Mooo


Unta



 Di antara binatang yang menjadi korban adalah Unta sebanyak 5 ekor, Kambing 15 ekor dan Khoruf. Kerja-kerja melapah mengambil masa yang lama sehingga solat Jumaat manakala kambing dan khoruf pula mengambil masa yang singkat dan habis sebelum solat Jumaat.

Alahai pekerja-pekerja Myanmar ni!!
by Radhi

Pada petang itu setelah solat Jumaat, kerja-kerja pembersihan kawasan dataran dilakukan dan makanan tengah hari disediakan bagi peserta pelapah-pelapah binatang korban.

Beratur nak ambil makanan


Kemudian tuan punya binatang korban yang tidak mahu tulang2 binatang korban mewakilkan kepada pihak PERUBATAN untuk disedekahkan kepada sesiapa yang mahu tulang-tulang tersebut. Kemudian, ada yang pergi menunaikan solat fardu asar dan pulang ke rumah.

Wednesday, October 10, 2012

First Futsal sesi 2012/2013

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh..

     Pada hari selasa yang lepas, GenIVA (IKHWAH) telah mengadakan riadah bermain Futsal di Nadi Syabab, Hayyu Sabi'e. seramai 15 orang telah hadir dan telah dibahagikan kepada 3 kumpulan . Kami mula bermain pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 10.00 malam. Futsal ini merupakan kali pertama untuk sesi 2012/2013 setelah kebanyakan daripada kami telah kembali ke Egypt untuk meneruskan pengajian kami dan setelah sekian lama kami tidak bermain bersama-sama untuk merapatkan ukhuwah sesama kami.


Futsal di Nadi Syabab



Arsenal Fans




Tuesday, October 2, 2012

Keputusan Permohonan Pinjaman Pelajaran Luar Negara JPA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu..

     Pada 28 September 2012 yang lepas, keputusan permohonan pinjaman pelajaran luar negara JPA sudah keluar. Kepada ahli GenIVA yang membuat permohonan, anda boleh menyemak keputusan itu di laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam dan mengisi apa2 yang patut yang diminta oleh JPA. Tarikh akhir adalah 28 Oktober 2012. Kepada yang berjaya kami ucapkan tahniah manakala yang tidak berjaya, tidak mengapa. Mungkin rezeki anda bukan di sini dan anda masih ada lagi peluang untuk mencubanya lain kali.


contoh sahaja

get this widget here

Blog Ahli GenIVA

Cursor Berkilau

MAGNIFY IMAGE

MAGNIFY IMAGE

Animated Recent Post Widget

FOLLOW + DASHBOARD

Disable Right Click

Who's Among Us

OBJEK KELILING MOUSE

MAGNIFY IMAGE

Who's Among Us

Back to Top

wibiya widget