Friday, September 20, 2013

Barang - Barang Yang Perlu Dibawa ke Mesir

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sekarang kita berada di penghujung bulan 9, dan hampir masuk ke bulan 10. Sudah menjadi kebiasaan bahawa para pelajar yang cemerlang dalam SPM @ STAM akan dihantar belajar ke luar negara untuk meneruskan pengajian mereka terutamanya ke negara Mesir dalam bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian, Farmasi & Ulum Islami. Mungkin mereka sudah menyediakan barang2 keperluan untuk dibawa ke sana tapi mana la tau takut ada yang x termasuk dalam barang2 penting yang perlu dibawa. Disini nak bagitau antara barang-barang yang perlu dibawa ke sana adalah:

AL - QURAN

SALINAN DOKUMEN-DOKUMEN PENTING :

  1. Salinan kad pengenalan diri sendiri
  2. Salinan kad pengenalan ibu bapa
  3. Salinan kad pengenalan adik beradik
  4. Salinan surat beranak (diri sendiri,/ibubapa/adik beradik)
  5. Salinan slip/sijil SPM, STAM, Matrikulasi, Diploma
  6. Salinan surat tawaran (Universiti)
  7. Salinan penyata gaji ibu bapa/kad pencen/borang EA/borang EC
  8. Gambar Passport
Kalau nak lagi sistematik, scan lah dokumen-dokumen penting itu dan masukkan dalam pendrive. Isikan pendrive anda dengan scan dokumen di atas & scan Buku Bank, kad bank, IC parent, gambar Passport yang terbaik dan lain-lain yang berkaitan, kadang-kadang kita kena buat urusan melalui online jika kad bank kita tak dapat berfungsi.

KAD BANK HSBC/BSN

  • Hanya dua bank ini sahaja yang boleh digunakan di Mesir dan pastikan kad ini diaktifkan. Tapi bank HSBC yang mudah dijumpai. PASTIKAN AKTIF!!
  • Tinggalkan segala Buku Bank, Kad Pengenalan, Sijil Asal, Lesen Memandu, dan barang-barang penting di Malaysia

PASSPORT

  • Passport adalah nyawa anda di Mesir. Visa tu x pasti la. Cuba tanya pegawai yg akan bawa korang. Kalau Visa tu korang tanya la orang yang membawa korg ke Mesir macam mana. perlu buat atau x.

KAMUS

  • Bawa kamus yang berkaitan

DUIT

  • Tukar duit Malaysia kepada Dolar, sebab kat Mesir x laku dah duit Malaysia. kalau ada orang bagi kat airport, cepat-cepat pergi tukar atau bagi kat parent untuk tukar n masukkan dalam bank.

MAKANAN

  1. Serbuk santan (packet) - Jgn bawa yg liquid, nanti beg berat @ pecah
  2. Serbuk kari daging, ayam, ikan, rempah kurma, sup bunjut etc
  3. Jintan halus (ayam goreng berempah)
  4. Serbuk kunyit, halia
  5. Cili Kering/serbuk cili
  6. Lada Hitam
  7. Asam Jawa, Asam Keping, Asam Pedas
  8. Ikan bilis, udang kering, ikan masin, ikn kering
  9. Kiub ikan bilis - (kiub ayam x perlu sbb ada banyak kat sana)
  10. Kiub / pes tomyam
  11. Budu / cencaluk / tempoyak
  12. Bihun
  13. Serai yang dikeringkan, daun kunyit, daun kari, daun kesum, daun limau purut etc
  14. Halia, lengkuas, kunyit
  15. Rempah ratus (bunga lawang, sup bunjut, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, dan seumpamanya.
  16. Belacan
  17. Kicap
  18. Sos cili, sos tiram - bawa yang refill, takde la berat sangat bawa botol kaca tu. Sos cili mesir rasa sos tomato. Dwrg x makan pedas
  19. Perencah nasi goreng (variety), mee goreng, sup sayur
  20. Lesung batu (jika perlu)
  21. Maggie tiada disini tp penggantinya adalah Indomee

MINUMAN

  1. Ovaltine / Milo - tak semua kedai ada jual tp ada pengganti Hot Chocolate(x sesedap M'sia)
  2. Milk Product - Berlambak-lambak. Susu tepung ada, fresh milk ada, susu kambing yg betul2 pure kene masak atas api dulu pun ada
  3. Kordial - kat sana banyak jus (oren, mangga, epal etc) yang takde -> sirap, sarsi, Ribena
  4. Caffeine - boleh didapati dgn byk dan pelbagai jenis

MILO

ELLECTRICAL APPLIANCE

  1. Periuk nasi
  2. Water boiler
  3. Blender
  4. Iron
  5. Extension wire
  6. Adapter 2 pin(international plug). kat Mesir plug 2 pin

PAKAIAN

  1. Baju Melayu lengkap 2 pasang
  2. Kot/Blazer untuk program-program rasmi dan kehormat
  3. Baju Batik(kalau ada) - untuk hari raya & hari kehormat
  4. Songkok
  5. Samping
  6. Pakaian sukan
  7. Pakaian harian
  8. Pakaian solat
  9. Sejadah
  10. Kasut
  11. Stokin
  12. Segala pakaian wajib
  13. Tudung (Wanita)
  14. Brooch (Wanita)
  15. Serkup (Wanita)
  16. Tights
  17. Winter coat(beli kat mesir)

TOILETERIES

  • Jenama international semua ada dijual - shower foam, syampu, ubat gigi, pencuci muka, deodorant (spray, x spray), lipbalm, lotion, cologne semua ada
  • Jenama yang ada: Lux, Sunsilk, Dove, Nivea, Pantene, Colgate, Johnson, Clean n Clear.
  • Prefer bawa untuk sebulan dua dulu

UBAT-UBATAN

  • Ubat pijat
  • minyak angin/minyak gamat/koyok
  • ubat-ubatan penting - Jika anda mengalami masalah kesihatan, pastikan anda tahu nama ubat anda dengan tepat, supaya senang dicari diMesir nanti

BEG KULIAH

  • Bawalah satu untuk bawa barang

STATIONARIES

  • Liquid paper, eraser, etc
  • Faber Castel yg made in Msia boleh didapati di Mesir
  • Pen Pilot, Steadler pun ada
  • Bawa colour LUNA 9utk budak medic sbb warna dia kan cantik tp kalau nak bawa jenama lain pun x pe)

PERHUBUNGAN TELEFON & INTERNET

  • Ada Line Etisalat. 0.15 genih/min untuk panggilan dan 0.30 genih/sms. So, kat sana lebih prefer call dari msg
  • Internet ada banyak option.
  1. byk cyber cafe (sesuai utk ikhwah)
  2. Internet HP
  3. Broadband
  4. Wifi
  5. Tarik wayar CC ke rumah
Oleh itu, Set niat, set matlamat betul2. Persiapkan diri, mentally, physically. kalau niat dah betul, iA jalan tu juga akan jadi jelas. Akhir kata, Bumi Mesir itu bumi Anbia', bumi tempat lahirnya para nabi, bumi tempat berjuangnya Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Yusuf. tapi bumi Mesir tu juga bumi Firaun yang angkuh, bumi tenggelamnya harta si Qarun yang bongkak tu. terpulang pada kita ni, mcm mana nak bentuk diri kita. Moga kita semua sentiasa dalam naungan Allah.

No comments:

Post a Comment

get this widget here

Blog Ahli GenIVA

Cursor Berkilau

MAGNIFY IMAGE

MAGNIFY IMAGE

Animated Recent Post Widget

FOLLOW + DASHBOARD

Disable Right Click

Who's Among Us

OBJEK KELILING MOUSE

MAGNIFY IMAGE

Who's Among Us

Back to Top

wibiya widget