Sunday, September 30, 2012

Kelas GenIVA tahun 2012/2013 sudah bermula!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


     Buat pengetahuan semua kelas GenIVA untuk sesi 2012/2013 sudah pun bermula pada 22 September 2012. Subjek2 medic yang dipelajari pada tahun ini sama seperti sesi 2011/2012 tetapi ada penambahan satu subjek iaitu subjek Psychology. Untuk subjek agama pula, Al-Quran masih lagi ada tetapi Bahasa Arab sudah tiada dan ada penambahan 2 subjek untuk tahun ini iaitu Tafsir dan subjek Balagha & Adab.

Jadual sesi 2012/2013


     Subjek - subjek yang sedang / sudah dipelajari dari 22 September 2012 sehingga 30 September 2012 adalah
  1. Anatomy - Thorax, Professor Hassan Al -Banna
  2. Biochemistry - Glycolysis , Dr Said Hamadah
  3. Histology - Vascular
  4. Physioloy - Metabolism ,  Dr Jamal Shawer
  5. Physiology - Renal / Kidney, Dr Hamed Osman
  6. Al - Quran 

Friday, September 28, 2012

Nak Pergi Mesir Visa X de??

     Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

     Entri kali mengisahkan pasal visa ke mesir pulak..Maklumlah sekarang ni ramai ahli GenIVA(ikhwah) sedang berada malaysia untuk menghabiskan cuti selepas setahun di sana dan hanya beberapa orang sahaja yang berada di Mesir..Mungkin ada yang tertanya2 macam mana nak buat visa Mesir di Malaysia kalau dah mati..

     Mengikut pengalaman beberapa orang ahli GenIVA dan senior mereka, ada yang mengatakan pada mulanya mereka pergi ke Mesir tanpa visa. Apabila tiba di sana, mereka akan dapat cop arrival yang hanya bertahan selama 2 minggu. Kemudian kene buat visa kat Mesir, kalau buat di Mesir kene ada kernih(kad pelajar) dulu baru boleh buat visa. Ada pula yang mengatakan mereka sebelum datang ke Mesir buat visa pelancong 3 bulan dahulu. Kemudian sambung buat visa di Mesir. Bergantung juga pada keadaan. Kalau berasa takut dan tidak selamat, dicadangkan agar buat visa pelancong dahulu di Malaysia..

     Macam mana??Kat mana??Bila??Berapa Hari boleh siap?? Dokumen apa yang diperlukan??Berapa Bayaran??

     Senang aje nak buat. x susah sangat. Nak buat visa Mesir di Malaysia setakat yang diketahui ada berhampiran Tasik Ampang.. Kalau lalu MMR2 boleh nampak tasik ni.. kalau dah nampak tasik ni bermakna sudah dekat..kalau nak lagi senang cari pondok polis di hadapan pintu utama taman tasik ni & Egypt Embassy betul2 berada bersebelahan dengannya.. Alamatnya:

     Egypt Embassy
     NO 12 Lorong Rhu off Jalan Ampang Hilir
     Kuala Lumpur
     03 425 68184 / 425 68745

Dokumen yang diperlukan :

  1. Passprt
  2. Salinan Passport
  3. Gambar berlatarbelakangkan putih bukan biru macam ic
  4. Salinan surat twaran / Kad pelajar(untuk visa pelajar)
Bayaran : RM 67 sahaja (untuk visa pelancong)


Buka dari 9.00/10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Siap dalam masa 5 hari.

Buat Visa di Egypt Embassy
klik gambar untuk besarkan


Saturday, September 15, 2012

Pengundian dan Pertukaran Nama Batch Kami

Assalamualaikum W.B.T

     Hari ni hari Sabtu bersamaan 15 September 2012.. Semalam adalah hari jumaat, ada ape la dengan hari jumaat ni kan..Hari Jumaat semalam merupakan hari terakhir undi pengundian bagi batch ktwrg. Ktwrg ni merupakan Batch yang ke-4 di Universiti Al-Azhar ini dalam bidang Perubatan & Surgeri. Setelah setahun kami tiada nama batch, kini tibalah masanya kami menikmati nama batch kami yang majoritinya telah setuju dengan nama tersebut. Macam mana boleh berlaku ni.. Begini, sebelum kami habis belajar dalam tahun 1, Ketua batch kami iaitu Saudara Amir Adham telah bertanyakan kepada kami semua untuk membuat nama batch tetapi tiada kesempatan masa untuk melakukannya. Setelah habis belajar untuk silibus Tahun Satu dan setelah hari raya, Aismat Hariri suruh admin group facebook kami tukar nama group tu kepada nama yang lain yang islamik sikit supaya nampak memang student azhar atau kepada nama batch sbb kami dah habis tahun satu.. Yela kan, nama group tu pun First Year Medic Azhar. Salah seorang admin yang telah menguruskan pengundian nama tersebut adalah Muhammad Yusuf... Sebelum pengundian dilakukan, kami telah menerima 22 cadangan nama untuk batch kami. Untuk lakukan undian tersebut, kami memerlukan hanya 10 sahaja cadangan nama daripada 22 cadangan. Kesemua 22 cadangan nama tersebut adalah:

  1. STAR - STudent AzhaR
  2. FBA - Four Batch Azhar
  3. Second Year Medic Azhar
  4. UnitAMS 4 - Unity Azhar Medical School batch 4
  5. AONDE / ANDE - Azhar Of No Date Editing
  6. TWS - Those Who Submit
  7. FBA471164 - Four Batch Azhar
  8. Fantastic 4
  9. Kemah Keming FC
  10. GenIVA - Generation Of Four Azhar
  11. SWAG - Secrectly We're Azharian Generation
  12. First Year Medic Azhar 2011/2012
  13. Azhar Forever Till Jannah - AzLo FoTiJa
  14. AUMS - Azhar Union Of Malaysian Student
  15. G Four - Squared
  16. ISMA - Islamic Studies of Medical Azhar
  17. AIMS 4 - Azharians Islamic Medical Students
  18. MESA - Medical Students of Azharians
  19. FOBAMS - Fourth Batch of Azharians medical Students
  20. FAG - Fourth Azharians Generation
  21. MISA - Medical Islamic Students of Azharians
  22. SARCASM - Social ally reinforcement coperative azhar student malaysia
Gambar Hiasan
Daripada 22 cadangan nama ni, 10 nama yang terpilih adalah :

  1. STAR - STudent AzhaR
  2. FBA - Four Batch Azhar
  3. Second Year Medic Azhar
  4. UnitAMS 4 - Unity Azhar Medical School batch 4
  5. GenIVA - Generation Of Four Azhar
  6. First Year Medic Azhar 2011/2012
  7. AUMS - Azhar Union Of Malaysian Student
  8. G Four - Squared
  9. AIMS 4 - Azharians Islamic Medical Students
  10. SARCASM - Social ally reinforcement coperative azhar student malaysia

Kesemua 10 nama ni terpilih untuk masuk pengundian nama batch kami. Berikut merupakan butir-butir pengundian :

     Tarikh   : 12,13,14 September 2012
     Hari      : Rabu, Khamis, Jumaat
     Tempat : Facebook

Setelah habis tarikh pengundian, nama batch pun telah dipilih. Berikut merupakan nama yang mendapat undi daripada 10 nama tersebut :

  1. GenIVA - Generation Of Four Azhar  - 15 undi
  2. AIMS 4 - Azharians Islamic Medical Students  - 11 undi
  3. STAR    - Student Azhar  -10 undi
  4. FBA - Four Batch Azhar  - 7 undi
  5. Second Year Medic Azhar - 2 undi
  6. Yang lain-lain tidak mendapat undi
So, GenIVA telah berjaya mendapat undian yang paling terbanyak. Kini, GenIVA telah menjadi nama batch kami. Siapakah yang mencadangkan nama GenIVA ni, orangnya adalah Amir Izzuddin bin Aznan.


Sampai di sini sahaja laporan mengenai pengundian nama, sekian. Wassalam.

Thursday, September 13, 2012

Baju Jersi Kami

Assalamualaikum W.B.T...


     Pada hari Rabu yang bertarikh 12 September 2012, Salah seorang daripada kami mencadangkan agar kami membuat baju jersi untuk batch ktwrg. Baju jersi tu corak dia lawa, simple & berkualiti.. Mari kita ikuti apa yang ditulis olehnya mengenai jersi batch kami tu..


Assalamualaikum smua. Aku nak buat tempahan baju jersey utk badge kita.
Smua org boleh tempah klau nk beli baju ni, terbuka utk smua.

Baju ni satu RM40, mmg kualiti baik punya. Aku dh try beli 2 baju drpd org yg jual jersey ni. Mmg kualiti tak boleh dinafikan, mmg terbaik dr ladang. Aku n afiq dah setuju utk amik jersey PSG ni sbb corak die lawa n simple.

Details psal baju ni:
Grade: AAA
Size available: S, M, XL (klau yg bdan kecik bleh amik S; yg bdan sdang2 amik M, sbb M die agak besar jgk. Klau yg kaw2 besar baru amik XL. hehe)

Baju ni special skit sbb aku igt nk tulis nama n numbering skali, buat mcm baju utk badge kita. Tempahan tidak terhad pd team bobo sahaja.
So psal hrga:
1 alphabet: RM3
1 number: RM7

Ikut korg nk number pape n nk tulis name ape. Tp utk numbering jersey tu, aku akn bg priority kat team bobo dulu, termasuk managernya skali. Then klau x de org nk amik no tu, baru korg bleh amik no tersebut ^_^

So sape nak tempah baju ni, sila tulis kat comment di bwh ni:
1. Saiz
2. Nama yg nk tulis kat belakang baju (smua capital letter)
3. Numbering kt belakang baju



Bakal Jersi Batch kami..


Sbgi contoh, aku punya (Imran):
1. Saiz S
2. IM
3. 32

* Aku punya berharga RM 60, sbb; Baju (RM40), 2 alphabet (RM6), & 2 number (RM14). So total RM60. So ikut kreativiti masing2 nk tulis name ape n number ape. FYI, number x leh sama. Nama sama x pe.

* FYI jugak, aku x terima PM utk tempah saiz, nama n number. Kalau nk tempah, tulis kat ruangan comment kt bwh ni je. Supaya org lain bleh tgk ape nama n number yg kita pilih.

* Utk bayaran, korg kena bank-in dlm account aku. Utk no akaun je aku akn PM. Tp utk tempahan kena tulis kt bawah ni. Utk mereka yg ada kat mesir, aku bleh bayarkan dulu n bwkkan ke mesir. Tp utk mereka yg ada kat Malaysia n nk tempah baju ni, aku harap sgt dpt bank-in masuk dlm akaun aku. Sama ada Hsbc atau Maybank.

* Order ni akn dibuka shingga hari Khamis minggu dpan, 20.09. Aku akn balik mesir 04.10. Kalau smpat siap, aku akn bwk ke mesir. Klau x smpat siap, aku akn mntak tlg sape2 yg masih ada kt Mlaysia utk bwkkan.

* So apa tunggu lagi, sila order sekarang :) Best klau rancangan ni berjaya. Bleh kita pkai utk occation pape yg melibatkan badge kita atau masa kita nak main bola padang tahun depan.

* Hrap dpt beri kerjasama. Syukran wa jazakallah. - IMRAN -



Begitulah cadangan yang dicadangkan kepada kami untuk buat jersi batch kami.. Sekian sahaja laporan untuk hari ni.. Sekian terima kasih

Wednesday, September 12, 2012

Result First Year Kami

Assalamualaikum..

     Baru-baru ini kami telah diberitahu bahawa result akhir tahun kami telah keluar daripada pihak Universiti Al-Azhar (Lelaki). Pada hari tersebut iaitu pada 2 Ogos 2012 sahabat kami, Amir Adham dan beberapa orang rakan yang lain yang tidak pulang ke Malaysia telah pergi ke universiti untuk mengambil result kami semua disebabkan majoriti daripada kami telah pun kembali ke Malaysia. Setelah mengambil result tersebut, beliau telah mengambil gambar keseluruhan result itu dan menghantar result tersebut ke group facebook kami supaya kami semua dapat melihatnya sendiri disebabkan takut ada yang tidak percaya dengan result yang telah kami terima.

     Hasil analisis result tersebut, seramai 9 orang telah mendapat Jayyid Jiddan iaitu, 15 orang mendapat Jayyid, 8 orang telah mendapat Maqbul dan 3 orang telah mendapat Dhoif.

     Mereka yang telah mendapat Jayyid Jiddan ialah :

  1. Ahmad Muzammil bin Abdul Hamid
  2. Muhammad Izzuddin bin Mohd Amin
  3. Aismat Hariri bin Yusuff
  4. Muhammad Yusuf bin Muhammad Razif 
  5. Imran bin Kasran
  6. Muhammad Amir Adham bin Johari
  7. Awis Iswan bin Mohd Kamil 
  8. Muhammad Afiq bin Mazlan
  9. Muhammad Syazwan Syafiq bin Mohamed Anuar


Dari Atas kiri: Amir Adham, Awis Iswan, Afiq, Syazwan,
Bawah Kiri : Imran, Yusuf, Aismat, Izzuddin,
Gambar besar Kanan : Muzammil


     Mereka yang telah mendapat Jayyid pula adalah :

  1. Hazim bin Halim
  2. Muhammad Rahimi bin Che Mat 
  3. Muhammad Radhi Najmi bin Baharuddin 
  4. Muhammad Ikhwan Syakir bin Azhar 
  5. Luqman Al-Hakim bin Thaupek Rahman
  6. Muhammad Firdaus bin Zainal 
  7. Nik Muhd Syahmi bin Nik Man 
  8. Danial haziq bin Muhammad Zarawi 
  9. Muhammad Hanif bin Jemeli
  10. Amirul Izzat bin Muhammad Zahir 
  11. Amir Hamzah bin Miswan
  12. Muhammad Hyelmi bin Roslee 
  13. Muhammad Faiz bin Alias
  14. Abdul Rahman bin Rumandang  
  15. Amir Izzuddin bin Aznan.


     Mereka yang mendapat Maqbul pula adalah :

  1. Muhammad Syamil Khalis bin Ahmad Syukri 
  2. Muhammad Nazreen bin Salehhoddin 
  3. Muhammad Aiman bin Ahmad Saufi 
  4. Ahmad Faisal Fikri bin Ismail 
  5. Muhammad Arif bin Yaakob
  6. Muhammad Tarmizi bin Yahya
  7. Fawwaz bin Abdullah  
  8. Abdol Aziz bin Muhammad


     Mereka yang mendapat Dhoif adalah :

  1. Muhammad Musaddiq bin Zainal Abidin
  2. Muhammad Syamil bin Ismail  
  3. Muhammad Rafizulhisyam bin Abdul Rahman


     Yang berasa amat sedihnya apabila tiada seorang daripada kami yang mendapat mumtaz dalam peperiksaan keseluruhan Tahun Satu. Ada juga senior daripada universiti lain yang kata, Universiti Azhar memang agak sukar untuk mendapat Mumtaz walaupun kami telah berusaha bersungguh2..Ye ker? ntah la nak percaya atau tidak.. Walau apa2 pun kami akan cuba lagi untuk mencapai target utama kami iaitu Mumtaz pada tahun akan datang.. Kami juga berharap agar keputusan lebih baik daripada tahun ini..

Sekian, Terima Kasih.
get this widget here

Blog Ahli GenIVA

Cursor Berkilau

MAGNIFY IMAGE

MAGNIFY IMAGE

Animated Recent Post Widget

FOLLOW + DASHBOARD

Disable Right Click

Who's Among Us

OBJEK KELILING MOUSE

MAGNIFY IMAGE

Who's Among Us

Back to Top

wibiya widget