Tuesday, February 26, 2013

MANIFESTASI NIAT


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, pertama-tamanya suka untuk mengajak sahabat2 untuk merenung wasiat Allah awal-awal lagi kepada Nabi Adam a.s: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A’raf : 26)

Taqwa sangat penting, dan di dalam Al Quran, perkataan yang berkaitan taqwa Allah sebutkan sebanyak 272. Taqwa juga diletakan sebagai penanda aras kemuliaan manusia oleh Pencipta manusia sendiri (Allah). Perbedaan manusia dan kemuliaan manusia ditentukan oleh nilai dan kadar taqwanya yang ada di dalam dadanya. Firman Allah: “Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah yang bertaqwa.”(Al-Hujurat: 13)
Rasululah juga berpesan agar kita bertaqwa di mana sahaja kita berada,

"Dari bu Dzar bin Junadah dan Abu Abdurrahman Muadz bin Jabal radhiyallahu' anhuma, dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam baginda bersabda, "Bertaqwalah kepada Allah di manapun engkau berada. Iringilah keburukan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut akan menghapuskannya. Dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik. "" (HR Tirmidzi)


Oleh itu, saya menyeru kepada sahabat2 sekalian untuk menyahut seruan takwa serta di amalkan dalam kehidupan seharian kita,

Berbalik kepada tujuan penulisan pada hari ini ialah ‘manifestasi niat’

Sahabat2 sekalian,

Manifestasi dapat diterjemahkan sebagai ‘perwujudan sbg suatu pernyataan perasaan atau pendapat’ atau ‘perwujudan atau bentuk dr sesuatu yg tidak kelihatan’.

Manakala niat pula bermaksud lintasan hati. Para ulama menggunakan istilah al-qashd ‘maksud’ dan niat sebagai satu makna. Lafaz ‘Qashd’ dalam bahasa arabnya mempunyai erti: Keinginan, maksud, arah dan bangkit untuk melakukan sesuatu baik itu positif maupun negatif. Lafaz ‘Qashd’ juga boleh diertikan sebagai jalan yang lurus, di samping bisa juga diertikan sebagai berpegangan dan arah tujuan. Berdasarkan definisi singkat diatas maka ‘Qashd’ atau maksudnya adalah bahagian dari suatu kehendak atau al-Iradah yang kekuatannya mampu mencapai terhadap keinginan yang kuat.

Perkara ini juga tidak bercanggah dengan apa yang telah diperkenalkan oleh Simon Sinek iaitu konsep ‘Bulatan Emas’ atau lebih dikenali sebagai ‘Golden Circle’. Bahkan teori ini membuktikan kehebatan agama Islam kerana lebih dahulu menitikberatkan niat dalam usaha memurnikan amalan kita.  Teori ini menitikberatkan 'tujuan kita melakukan sesuatu perkara' secara khususnya kemudian, barulah kita bergerak ke ruang lingkup yg lebih besar iaitu 'bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara' sebelum kita pergi kepada 'apa yang ingin kita lakukan'. Hal ini kerana, tujuan kita melakukan sesuatu perkara menjadi kepada kuasa penggerak kepada sesutu perkara.

Golden Circle

Sebagai contoh, cuba kita tanya diri kita mengapa kita perlu makan? Pasti setiap jawapan akan berbeza mengikut individu sebagai contoh orang yang kurang berkemampuan jawapannya ‘aku makan untuk hidup’ berbeza dengan orang berkemampuan maka jawapannya ‘sebab aku lapar’. Maka di sini kita boleh lihat orang yang kurang berkemampuan akan makan sekadar untuk mengalas perut berbeza dengan orang berkemampuan akan makan berbagai jenis makanan seperti pizza, burger, roti jala, roti canai, dan Nasi ayam goreng Alladin (tetiba masuk menu ni) pada satu2 masa. Tak salah nak makan pelbagai jenis makanan pada satu2 masa namun berpada-padalah dalam memilih makanan kerana berlebihan dalam makanan dan minuman mengundang banyak keburukan.

Di antaranya, setiap kali manusia menikmati kebaikan-kebaikan di dunia, maka bagiannya di akhirat akan berkurang. Diriwayatkan oleh Hakim dari Abu Juhaifah radhiallahu ’anhu, dia berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ شِبَعًا فِي الدُّنْيَا أَكْثَرُهُمْ جُوعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Sesungguhnya orang yang paling banyak kenyang di dunia, mereka adalah orang yang paling  lapar di hari kiamat”. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Dunya,  dengan tambahan tambahan: Maka Abu Juhaifah tidak pernah makan memenuhi perutnya (kekenyangan) sampai meninggal dunia. Dishahihkan oleh Al-Albany dalam kitab As-Silasilah As-Shahihah, no 342)

Umar radhiallahu ’anhu berkata: “Demi Allah, kalau saya mau, saya yang akan memakai pakaian yang paling lembut dan makanan yang paling enak serta kehidupan yang paling bergengsi. Akan tetapi saya mendengar Allah Azza Wa Jalla mengazab suatu kaum karena melakukan suatu perkara, sebagaimana Allah berfirman:

( أَذْهَبْتُمْ طَيِّبَاتِكُمْ فِي حَيَاتِكُمُ الدُّنْيَا وَاسْتَمْتَعْتُمْ بِهَا فَالْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ بِمَا كُنْتُمْ تَسْتَكْبِرُونَ فِي الأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَبِمَا كُنْتُمْ تَفْسُقُونَ) سورة الأحقاف: 20 ، حلية الأولياء، 1/49

"Kamu telah menghabiskan rezkimu yang baik dalam kehidupan duniawimu (saja) dan kamu telah bersenang-senang dengannya; maka pada hari ini kamu dibalasi dengan azab yang menghinakan karena kamu telah menyombongkan diri di muka bumi tanpa hak dan karena kamu telah fasik." (QS. Al-Ahqaf: 20) Hilyatul Aulya, 1/49

Niat juga berbeza maksud dengan keinginan. Contoh mudah cuba perhatikan perbezaan ayat dibawah:
  1.  Ya Allah aku belajar keranaMu dan semoga aku dapat syahid di atas jalan menuntut ilmu
  2.  Aku teringinlah nak belajar kerana Allah nnt boleh mati syahid sekali.

Ayat nombor satu lebih menunjukkan kepada kezaman yang membulat dan insyallah pasti akan diberi taufik untuk melakukan amalan kebaikan tersebut

Manakala ayat nombor dua lebih bersifat sambil lewa atau peribahasa yang sesuai untuknya mungkin kita boleh kita kiaskan ‘hidup segan mati tak mahu’. Kata2 ini juga menunjukkan semangat yang tidak seberapa hangat.

Maka tidak dapat tidak untuk kita sebagai seorg mulism agar menggabungkan niat kita dengan amal kita kerana dari penjelasan diatas itu sendiri kita dapt fahami bahawa kaitan antara niat dan amal. Hal ini dapat dibuktikan melalui pengkajian sains perubatan itu sendiri melalui peranan spinocerebellum. Antara peranannya ialah sebagai ‘servo comparator’ dimana spinocerebellum akan menganalisis antara ‘perbuatan yang dirancang’ dengan ‘perbutan yang sedang dilakukan’. Sekiranya terdapat kesilapan antara mana bahagian maka spinocerebellum akan menghantar isyarat kepada ‘motor cortex’,’red nucleus’ dan ‘reticular formation’ untuk memperbaiki semula tindakan kita agar ‘perbuatan yang dirancang’ selari dengan ‘perbuatan yang sedang dilakukan’ ( Human Physiology for medical student, Central Nervous
System hal. 110-111)


Oleh itu, penting bagi kita untuk bertanya pada diri kita “mengapa kita belajar dalam bidang perubatan?” ataupun “mengapa kita belajar perubatan di Universiti Al-Azhar?” dan dijawab dengan jawapan yang yakin. Perkara ini penting kerana, jika jawapan yang diberikan secara sambil lewa pasti kita akan sedar bahawa tiada maknanya kita datang ke Mesir untuk belajar perubatan tapi  tak datang kuliah.

Amat malang sekali jika di tahun pertama pengajian kita belajar bersungguh-sungguh semata-mata untuk mendapat pinjaman duit ‘rakyat’(JPA atau MARA khususnya ZAKAT) tapi tanggunggjawab terhadap masyarakat tak dapat dilaksanakan.

Oleh itu, buktikan niat awal2 kita mula menjejakkan kaki kita di bumi Mesir bukan sekadar janji manis kita dengan Ibu bapa kita.

Wallahua'lam


get this widget here

Blog Ahli GenIVA

Cursor Berkilau

MAGNIFY IMAGE

MAGNIFY IMAGE

Animated Recent Post Widget

FOLLOW + DASHBOARD

Disable Right Click

Who's Among Us

OBJEK KELILING MOUSE

MAGNIFY IMAGE

Who's Among Us

Back to Top

wibiya widget