Thursday, March 22, 2012

WATIKAH PELANTIKAN MAJLIS PIMPINAN PELAJAR PERUBATAN BAGI PELAJAR TAHUN SATU UNIVERSITI AL-AZHAR


         

           BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

          Tanggal 18 March 2012 merupakan tarikh keramat dan tarikh yang paling diingati oleh seluruh Student Medic Azhar Tahun Satu kerana pada tarikh inilah telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan buat julung-julung kali pertamanya diadakan untuk memilih Ahli Majlis Tertinggi bagi pimpinan baru dalam batch tahun satu, student medic Al-Azhar. Ahli Majlis Tertinggi yang dilantik ialah Ketua Batch, Penolong Ketua Batch, Setiausaha, dan Bendahari. Mesyuarat Agung ini diadakan atas permintaan senior-senior yang lebih tua daripada kami untuk memilih pemimpin batch agar dapat merancang dan melancarkan perjalanan program, menyebarkan berita-berita terkini dan sebagainya..

          Mesyuarat ini diadakan di dalam kelas Tahun 1,Tingkat 3 lebih kurang pada jam 11 pagi. Mesyuarat ini dimulakan selepas kelas Biochemistry dan diketuai oleh Saudara Fawwaz bin Abdullah selaku Pengerusi Majlis Mesyuarat Agung Tahunan pada hari tersebut. Pelantikan Ahli Majlis Tertinggi dimulakan dengan membaca dengan Ummul Kitab Al-Fatihah dan seterusnya melantik Ketua Batch Tahun Satu. Undian dimulakan dengan beberapa orang calon dan pencalonan untuk Ketua Batch telah mendapat undian majoriti iaitu MUHAMMAD AMIR ADHAM BIN JOHARI. Kemudian saudara MUHAMMAD AMIR ADHAM menggantikan saudara FAWWAZ BIN ABDULLAH untuk meneruskan pelantikan Penolong Ketua Batch, Setiausaha dan Bendahari. Berikut merupakan Ahli Majlis Tertinggi yang dilantik pada hari itu terdiri daripada Ketua Batch,Penolong Ketua Batch, Setiausaha, dan Bendahari..

KETUA BATCH : MUHAMMAD AMIR ADHAM BIN JOHARI
PENOLONG KETUA BATCH : IMRAN BIN KASRAN
SETIAUSAHA : AFIQ BIN MAZLAN
BENDAHARI : MOHD HYELMI BIN ROSLEE

           Setelah pelantikan Ketua batch, Penolong Ketua Batch, Setiausaha dan Bendahari, majlis ditangguhkan dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

           Tiga hari selepas itu,iaitu pada 21 March 2012, empat pimpinan baru iaitu Ketua Biro Akademik, Ketua Biro Pembangunan Insan, ketua Biro Publisiti Dan penerangan, Ketua Biro Sukan Dan Rekreasi telah dilantik untuk membantu Ahli Majlis Tertinggi untuk menggerakkan dan melancarkan perancangan dan perjalanan kehidupan kami semua sebagai Student First Year Medic Azhar. Majlis diketuai oleh saudara Muhammad Amir Adham Bin Johari selaku pengerusi majlis dan dimulakan dengan Ummul Kitab Al-Fatihah. Kemudian majlis diteruskan dengan melantik empat orang pimpinan baru. Pimpinan baru yang dimaksudkan ialah:

KETUA BIRO AKADEMIK : AISMAT HARIRI BIN YUSUFF
KETUA BIRO PEMBANGUNAN INSAN : MOHD IZZUDDIN BIN MOHD AMIN 
KETUA BIRO PUBLISITI DAN PENERANGAN:MUHAMMAD YUSUF BIN MUHAMMAD RAZIF
KETUA BIRO SUKAN DAN REKREASI : ABDOL AZIZ BIN MUHAMMAD

         Setelah keempat-empat pimpinan baru dilantik, majlis ditangguhkan dengan Tasbih kafarah Dan Surah Al-Asr.

No comments:

Post a Comment

get this widget here

Blog Ahli GenIVA

Cursor Berkilau

MAGNIFY IMAGE

MAGNIFY IMAGE

Animated Recent Post Widget

FOLLOW + DASHBOARD

Disable Right Click

Who's Among Us

OBJEK KELILING MOUSE

MAGNIFY IMAGE

Who's Among Us

Back to Top

wibiya widget