Sunday, October 28, 2012

Sambutan Hari Raya Aidilahda (SAADAH) Perubatan 1433H - Ibadah Korban

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu..

     Tanggal 10 & 11 Zulhijjah 1433H merupakan satu tarikh yang amat bermakna di mana peristiwa penting yang berlaku kepada para pelajar perubatan yang belajar di Mesir khususnya di Universiti-universiti di sekitar Kaherah iaitu Universiti Kaherah, Universiti Ain Shams dan juga Universiti Al-Azhar. Pada tarikh ini, Sambutan Hari Raya Aidiladha yang lebih dikenali dengan SAADAH dengan bertemakan Sirah Disusuri Tadhiyyah Dihayati telah disambut oleh para pelajar yang berada di Mesir khususnya pelajar Perubatan.

SAADAH 1433H
SAADAH bermula pada 10 Zulhijjah 1433H bersamaan hari Jumaat dimana pada Hari ini telah berlakunya Ibadah Korban. Pada jam 7.30 pagi hari Jumaat, majoriti para pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir menunaikan solat sunat AidilAdha di masjid Musa hayyu sabie' selepas orang mesir melakukan solat sunat AidilAdha.



 Setelah solat sunat AidilAdha, khutbah disampaikan oleh Naib Presiden PMRAM. Seusai khutbah disampaikan, kami bersalam-salaman antara kami dan mengucapkan Selamat Hari Raya atau lebih sesuai digunakan dalam bahasa arab adalah "Kullu 'Amin Waantum Bikhoir". Kemudian kami bergambar bersama-sama.

Kullu 'Amin Waantum Bikhoir


Selamat Hari Raya

Serba Keputihan. Nampak Nur di situ~


Budak Paling HOott!!


Seusai solat sunat AidilAdha, kami bergegas pulang ke rumah untuk sarapan pagi.

Yok,mangan yok...
Setelah sarapan, kami bersiap-siap dan terus bergegas ke Dataran hayyu 'Asyir untuk melakukan ibadah korban dan melapah. Bagi yang tidak sempat sarapan, pihak PERUBATAN ada menyediakan sarapan berbentuk roti + sosej. Ibadah korban bermula pada jam 7.30 pagi waktu Mesir.

Sempat lagi nak main fon ye bang~



Potong apo tu!!




Memeotong tulang belakang unta


Lembu maa..Moooo..Mooo


Unta



 Di antara binatang yang menjadi korban adalah Unta sebanyak 5 ekor, Kambing 15 ekor dan Khoruf. Kerja-kerja melapah mengambil masa yang lama sehingga solat Jumaat manakala kambing dan khoruf pula mengambil masa yang singkat dan habis sebelum solat Jumaat.

Alahai pekerja-pekerja Myanmar ni!!
by Radhi

Pada petang itu setelah solat Jumaat, kerja-kerja pembersihan kawasan dataran dilakukan dan makanan tengah hari disediakan bagi peserta pelapah-pelapah binatang korban.

Beratur nak ambil makanan


Kemudian tuan punya binatang korban yang tidak mahu tulang2 binatang korban mewakilkan kepada pihak PERUBATAN untuk disedekahkan kepada sesiapa yang mahu tulang-tulang tersebut. Kemudian, ada yang pergi menunaikan solat fardu asar dan pulang ke rumah.

No comments:

Post a Comment

get this widget here

Blog Ahli GenIVA

Cursor Berkilau

MAGNIFY IMAGE

MAGNIFY IMAGE

Animated Recent Post Widget

FOLLOW + DASHBOARD

Disable Right Click

Who's Among Us

OBJEK KELILING MOUSE

MAGNIFY IMAGE

Who's Among Us

Back to Top

wibiya widget